Sunday, October 11, 2009

Boleh dapatkan aku penyejuk hati?

Pada suatu hari, aku sedang menunggang motosikal berkuasa 110cc. Legenda. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah sewa yang terletak di Dungun.

Aku perasan kenderaan banyak berhenti di hadapanku semasa melalui jalan Kemasik. Aku dapat mengagak terdapat sekatan jalan (road block) di hadapan. Jadi aku memperlahankan kenderaan kalau-kalau polis menahan aku.

Sekatan pertama polis memberi jalan kepada aku dengan menggunakan isyarat tangan. Selepas itu aku lihat ada lagi sekatan jalan yang kedua dan turut memberi jalan. Terus aku menyangka polis hanya menahan kereta sahaja.

Tapi tidak bagi sekatan ketiga. Aku lihat kereta berhenti tetapi aku tidak berhenti. Tiba-tiba,

" WOI HANG BERHENTI!" (polis berloghat utara menahan aku)

(aku terus brek kecemasan)

" APSAL HANG TAK BERHENTI? "

(aku hanya diam membisu)

" APSAL HANG TAK BERENTI KERETA LAIN BOLEH BERENTI?"

" TAK PERASAN" (mula menjawab)

" HANG BUTA?"

" HANG TAU NI APA? SAT G KUDA NAK MELINTAS, HANG P JALAN NANTI DORANG CAKAP AKU TAK BUAT KEJA! HANG TAU NI PERMAINAN SAPA? NI PERMAINAN AGUNG! ORANG NOMBOR SATU KAT MALAYSIA! KITA NI SAPA? ORANG BAWAH JE. KENA HORMAT DIA!"

bla bla bla bla bla bla bla bla bla

Panjang gila polis tu membebel dekat aku. Aku tak perasan kot. Dia tahan kereta tapi motor tak tahan. Aku ingat sekatan jalan pasal nak periksa kereta. Tak pasal-pasal polis cakap aku buta.
Pastu kena bebel lagi.

Aku bukan jalan terus. Aku berhenti. Pakcik polis, istirehat (relax) sudah okay.

8 comments:

misz benida said...

gelabah je polis tuh..
tua ke muda??
msti polis muda..
haha..

{lumut} said...

pakcik saja nak jerit.sebab dr td die diam sbb xde org langgar itu road block..lame x drop komen.asik jd silent reader je.

edda(",) said...

itu ke keje polis????huhuh

oranglidi said...

polis tu saje nak meluahkan perasaan kat lu. tengan tension kot die sbenanye. hehe

.rafiq. said...

misz benida: polis otai.haha

lumut: agaknya pakcik tak tahan asik diam kot. eh sejak bila jadi silent reader ni?hehe

edda: keja dia tahan orang tapi tak sempat tahan aku. sebab tu die marah.hehe

oranglidi: wah lu memang memahami. wa ingat dia panas sebab kena berdiri lama.

Wana said...

oit..pesal blog ni nan adoo chat box.. gedik tol tuan punya blog neh.. haih..

nak blog baru aii ke x?

.rafiq. said...

mls nak letak. nak la. bagi la tak payh email2. tak fofular.haha

{lumut} said...

saje arituh amik cuti jup.tuh yg jd silent reader.hehe..
mesti rindu komen dariku.hoho