Friday, October 16, 2009

Boleh cipta alat menang seratus juta?

Ada satu perkara yang kita kadang-kadang tidak boleh lari walaupun kita tidak ingin perkara itu berlaku. Aku ada satu perkara. Okay. Aku selalu datang lewat ke kelas. Benar. Ini adalah perkara yang sangat benar berlaku pada aku dan rakan terbaikku, naqib.

Setiap hari aku mengharapkan sesiapa yang baik hati akan mengejut aku untuk bangun pagi pergi ke kelas. Aku bukan tidak berusaha untuk bangun pagi tetapi sebenarnya aku telah berusaha dengan menetapkan bunyi amaran pada telefon bimbitku dan menetapkan lagu 'cari jodoh' pada bunyi amaran tersebut.

Usaha aku nampaknya gagal kerana aku selalu akan terjaga secara automatik pada pukul 7.30pagi dan bermakna aku hanya ada beberapa minit sebelum kelas bermula pada pukul 8.00pagi. Nasib hanya akan menyebelahi aku jika terdapat rakanku yang bangun lebih awal daripadaku. Akan tetapi nasib itu juga akan menyebabkan aku lambat juga kerana terpaksa menunggu giliran untuk mandi memandangkan ada rakan yang bangun dahulu tambahan pula bilik air di rumah sewa adalah terhad.

Jadi harapan aku cuma satu. Aku mahu bangun awal. Kalau ada alat yang boleh mengejutkan aku dengan memberi kejutan seperti,

" YA! ANDA BERTUAH KERANA TELAH MEMENANGI SEBUAH KERETA SATRIA NEO SEBANYAK 18BIJI!!!"

Okay.

Sudah pasti aku bangun!

5 comments:

misz benida said...

aku ade..
ko nk???
alat yg slalu kjt aku adlah bunyi alarm rumate aku yg sgt2 kuat an akn brdering bnyak kali...haha
dri kul 5 pgi lgi alarm tuh bbnyi..tpi rumate aku tu tdo mati kot..aku pulak yg trsdar..

chokio_nia said...

senang saje..ko rakam sore ko sniri sebut ayat kat ats tu..pastu jadikan ia sbg alarm clock ko..setel kan??

ixora said...

ko rakam bunyi lembu..pastu buat alarm oagi2..kompom ko akan terjaga..

niknorz.blogspot.com

{lumut} said...

kau lah pemenangnye..
hadiah die pelempang dari auckland..
weh aku mmg poyo..
jujur lah kau,ni yang wat aku syg lebih neh.
ceh..
take cre beb..
lu jgn nakal2..
wa kat sini usha je blog lu.
all d best..
truskan berkarya..
thanx sudi bace blog wa yg sampah tuh .sarap tol.

.rafiq. said...

misz benida: boleh2. bagi aku skrg. tapi aku rasa ade jam pun tak leh sebab hp yg brape kali ulg pun tak tejage.hehe

chokio: aku rasa tak mujarab. kena ada yang real kot.

ixora: alarm lembu. boleh jadi ke. thnx link tu. ade masa aku lawat okay.

lumut: yes2! AKHIRNYA aku berjaya. aku nak tangan ko yang bagi pelempang tau. boleh2. thnx bagi dorongan aiceceh. weh emel aku. angan combong2. sweet tak ckp aku camtu?haha