Saturday, September 12, 2009

Apakah perkataan terbiasa bagi kamu.

Dari hari itu aku hendak beritahu streamyx sudah siap pasang dekat rumah aku. Kalau kamu perasan aku agak rajin dua tiga hari ini untuk mengupdate blog sebab aku agak senang untuk online ( sekarang dah takde alasan tak boleh update lagi ).

Menjawab persoalan oranglidi di entri yang lepas. Kamu tahu bukan aku sekarang mahu menjadi budak belajar. heh heh heh. Aku sudah kembali ke politeknik kerana mahu menjadi mat modul.(modul adalah sama seperti buku teks tetapi kulitnya tidak cantik dan isinya selalu di fotostat.) Kamu faham bukan?heh heh heh.

Okay,

Aku pernah bercita-cita hendak masuk ke dalam rancangan roda impian musim ke 5. Eh eh bukan bukan. Maksud aku, aku pernah bercita-cita hendak masuk pertandingan menulis paling laju. Tapi sampai sekarang masih tiada rancangan seperti itu.

Aku ingat aku pernah berlumba menulis dengan rakanku yang bernama Aizuddin. Aku panggil dia dengan panggilan Din,

"DIN, MARI KITA LUMBA MENULIS NAK? KITA LIHAT SIAPA PALING LAJU."

"BAIKLAH, TIADA HAL."

"MARILAH!"

"BAIK!"

Pertandingan dimulakan dengan menulis dengan begitu pantas sekali. Aku rasa perkataan yang aku tulis adalah macam ini,

" SAYA SUKA MAKAN KAKI "

Eh bukan bukan, tapi macam ini,

" SAYA SUKA MAKAN NASI "

Aku rasa lebih kurang macam tu la. Aku tulis dengan penuh semangat waja dan aku menang. Pantas bukan tulisan aku. Cantik buruk jangan cerita lah. Din kau tulis dah laju tapi aku laju lagi beb.heh heh heh.

Kita semua mesti ada satu perkataan yang akan biasa tertulis jika sedang memegang pen atau pensel bukan? Aku pernah berlaku tabiat seperti ini. Macam aku masa kecil-kecil dahulu akan tertulis 'saya' jika memegang pensel. Bukan 'saya saya saya saya saya' tapi hanya 'saya'.

Tapi.

Sekarang tidak ada lagi. Aku tidak tahu kenapa.

Okay.

Jadi, apa perkataan terbiasa kamu?

29 comments:

cik yaya said...

saya sangat comel

HAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA

annoyingnye rasa macam nak lempeng eh lempang lempang lempang

.rafiq. said...

jangan lempang lempeng makcik muda. memang comel sangat sampai nak terajang dah.hahaha

cik yaya said...

eee.kasarnya bahasa.

*tetibe

oranglidi said...

hhahahaa. lu jangan la ckp kasar2 dengan cik yana. haha..

oh, dah jadi budak belajar? hahahah! bagus2.. dulu kemain name kakijalan. haha.

woi2!

cam clake> dah terbiase prkataan ni..

vidadarisakura said...

ok diterima.aku pun tulis saya.haha

{lumut} said...

"hey din,lepas ko kalah lawan nyan die..lawan plak ngan aku.."

hehe...aku suke tulis perkataan

MENGAPAKAH....

aku pon tak tahu kenapa mengapa suke tulis perkataan mengapa..

weh aku nak link blog ko.
cam best je...

.rafiq. said...

cik yaya: alamak makcik muda dah marah. maafkan saya makcik muda. baiklah nanti makcik belanja saya berbuka puasa sebagai menebus kesalahan saya.eh eh.haha

oranglidi: aku dah minta maaf lah weh. haha kau pun kasar doh terbiase tulis cam celake. baik minta maaf dekat diri sendiri.haha

vidadarisakura: kita sama? eh weh jangan sama kan aku dengan setan.hahaha

lumut: heh heh kau nak bertanding tulis dengan aku ke? mari mari.heh heh. thanx link. aku link balik okay.

{lumut} said...

weh ape panggil aku "encik" lumut..
hahahaha..
kau igt aku jejaka ape?aiseh.

.rafiq. said...

eh eh kau bukan jejaka ke. jadi kau adalah gadis. jadi maafkan saya "cik" lumut.

edda(",) said...

edda slalu tulis ape yg ader kat dlm kepala.. and bru kejap tadi edda tulis "my mind is gone"...
ekekeke

.rafiq. said...

haha pastikan jangan bawak pensel dalam jamban nanti tertulis okay okay takde pape.haha

~nEeYsA~ said...

emmmm...
itulah pling simple..
prktaan terbiase..
hahaha..
eh,prktaan ke tu?
hahah

.rafiq. said...

tu bukan perkataan. tu bunyi dari hidung.haha

cik yaya said...

wahh org lidi tu macam nak bekup kya..tp tulis cik yana.terus rasa macam nak lempeng kelapa.nyumm *tetibe

rafiq,maaf diterima.bila nak belanje :p

.rafiq. said...

aiseh nampaknya akak dah geng dengan orang lidi. susah la camni.

eh betul ke ni nak belanja? okay cik yaya, saya tak kisah bila2. tengok kan baik je panggil cik yaya sebab akak nak belanja.heh heh

haniey said...

err..macam biasa je..
terutama kalo time nak beli pen baru..hehehe
tapi slalu tulis nama sendiri...
dengan pelbagai gaya tulisan..

.rafiq. said...

haniey: kalau tulis nama sendiri pun kacak jugak. memang kena ada tandatangan sekali bukan.

PurPlez said...

lawak la
nak kata ayat skema.. x..
hehe
tp ade iras2 skema jugak la
hehe
sbb guna perkataan penuh, xde short form
bagus3~
p/s: sila jgn terpengaruh dgn guer

.rafiq. said...

hehe time kasih. sila bangga jadi anak Malaysia.haha

shamimi said...

blurp...blurp...
lompat2 blog...

imHepPie said...

saya mau menjadi puteri yg cun, kacak, brgaya, kaya raya, dpt laki ensem siot..blaa..blaa..bla...

erkk aci x tulis cenggitu tiap kali pgang pensel??ahaks!!

oranglidi said...

rase nak maen hoki je.

DaliaLiyana said...

nak kena bgtau ke?? simpan dalam hati je la..hehhee

.rafiq. said...

shamimi: woi kaki dah basuh belum nak lompat2 atas blog aku?

imHeppie: sangat aci. rasa nak letak muka dekat mangkuk tandas je.

oranglidi: kau pandai ke main hoki? jadi goalkeeper sudah.

dalialiyana: jangan simpan lama2 nanti terbakar diri.haha tiba2.

Pu3 said...

"Sayang.." oppss!
awat ntah suka tls cm tu...da tebiasa..conteng pn msti cmtu..
lalala~

oranglidi said...

wa memang keeper hoki daerah.

.rafiq. said...

pu3: eh bahaye ni. nanti tertulis dekat lelaki lain dah pakwe marah.heh heh heh

oranglidi: eh betul ke ni? tak sangke wa. hebat gile lu.

zzarina_hasim said...

ngant0k + bosan..-bese tulis time kuliah dolu2..haha

.rafiq. said...

hahahaha. jangan tulis mase kuiz sudah.