Wednesday, September 30, 2009

Kalau bersabar sikit mesti orang nak belanja makan

Ada orang tak boleh tahan sabar bila tengok buah durian. Bila ada atuk bawa kereta merah dekat depan pasar sentul tapi sekarang kereta silver ada menjual durian, (okay kenapa detail sangat pasal atuk ni) mesti akan berhenti untuk membeli durian walaupun duit tengah kering dan bukan pada musim durian. Jadi durian akan bertambah mahal. Inilah dikatakan tidak tahan sabar. Kalau sabar menunggu musim durian mesti dapat murah sikit bukan.

Aku bukan mahu bercerita mengenai durian sebenarnya. Aku mahu ceritakan tentang seorang mamat yang tidak sabar. Nama mamat ini mamat (bukan nama sebenar). Panggilan bagi mamat ini juga ialah mamat.

Jadi sedang mamat bermain komputer seorang rakan mengajaknya untuk keluar makan. Tetapi mamat tidak mahu kerana sedang seronok bermain games. Mamat memberi cadangan,

" TUNGGU SEKEJAP LAGI, AKU MAHU HABISKAN PERMAINAN INI."

Rakannya menjawab,

" OKAY BAIKLAH TAPI CEPAT SEDIKIT YA."

Mamat meneruskan permainan games dengan bersungguh-sungguh. Apabila hampir lama bermain rakannya mengingatkan beliau.

" MAMAT MARILAH KITA KELUAR"

" SABARLAH SEDIKIT SAHAJA LAGI"

Rakannya memanggil berulang kali dengan penuh sabar. Mamat juga berulang kali memberi cadangan supaya bersabar.

Apabila mamat sudah siap bermain. Sementara menunggu mamat bersiap, rakannya mengambil peluang untuk bermain komputer buat seketika. Dan apabila mamat sudah siap bersiap dengan memanggil rakannya,

" WEH JUM LAH KITA PERGI SEKARANG"

" EH SABAR SEKEJAP AKU NAK BUKA INTERNET SEKEJAP"

" $%^&! TADI SURUH CEPAT"

Aih.

$%^& = ialah kata-kata mencarut yang telah di tapis.

Jadi sekarang kita boleh tengok siapa yang lebih tidak sabar. Makan durian atau keluar pergi makan?

10 comments:

oranglidi said...

ape ke jadah nye kaitan durian dengan keluar ni? rase nak terajang je. cis.

mamat exist dulu sedap gak suare. hehe.

misz benida said...

men gmes mkan durian ke??
hahaha
ntah2 kan 2 sje je suh cpt cz nk bkk tenet..
hmm,idea yg bgus.
i like.

{lumut} said...

meh aku lempang je due2..baru tau mane sabar ke x..
and ape jadah juge kaitan dgn makan durian ha?

.rafiq. said...

oranglidi: eh macam salah je ni. aku ingat beli durian dengan keluar pegi makan la.

misz benida: sebab dua2 pun malas nak gerak lagi. tak sabar betul.

lumut: paling tak sabar rupanya orang yang baca entri ni.haha. salah kaitan.

hanilopiplopz said...

baek layankan durian.. x pyh tgu2 dah. mahal pon mahal arr..

pasal si mamat tuh.. haishhh soh diorang g tanam durian ar.. hahah x masal

hannamaruku said...

weh durian buat tempoyak sedapp.

kan aku dah tiba tiba.

kolaborasi durian dan keluar yang hebat.

.rafiq. said...

hani:kau mesti pencenta durian bukan?

hana: kau pula pencenta tempoyak?

oranglidi said...

cis.

oranglidi said...

baru wa nampak perkaitan.

.rafiq. said...

haha sori wa tengah mamai masa tu. baru bangun daripada mimpi indah.