Monday, September 7, 2009

Games penghilang bosan

Bila teringat hendak makan nasi mesti kita semua akan pergi ke dapur selepas itu senduk nasi dan letak dalam pinggan dan terus makan. Kalau ada lauk pasti kita akan senduk lauk dahulu dan makan.

Tapi itu semua tak boleh terjadi masa bulan puasa sebab kita semua tahu kita tidak boleh makan macam biasa. Kalau makan juga sudah tentulah namanya orang tidak puasa. Ramai juga orang tidak puasa ini terutama sekali perempuan. Bukan seorang dua tetapi boleh dikatakan semua perempuan yang bergelar wanita tidak berpuasa. (bukan perempuan dan wanita adalah sama? ok abaikan)

Aku pernah juga mengidam hendak makan nasi ayam sepinggan dan kemudian terlupa sebenarnya aku berpuasa. Itu sudah tentu tidak membatalkan puasa bukan. Pernah sekali aku terminum air dan makan nasi sepinggan. Tapi rupa-rupanya aku bermimpi. Okay aku rasa puas juga sebenarnya walaupun hanya mimpi.

Bulan puasa ni sebenarnya aku ada hadiah untuk kamu. Aku nak bagi kamu sedikit barang penghilang bosan. Kalau kamu rasa kamu nak kamu boleh ambil dekat tepi blog aku okay. Tak apa aku tak kisah pun. Aku tidak ambil upah untuk itu.

Ini untuk suka-suka sahaja okay. Aku hanya hendak menghilangkan bosan yang terdapat dalam diri aku ketika ini. Sesiapa peminat games dalam telefon bimbit boleh ambil dengan pantas okay. Sebenarnya kamu boleh search sendiri. Aku sengaja hendak tepek dekat sini. (tepek ialah tampal okay jangan buat-buat tak faham)

8 comments:

oranglidi said...

hahaha.. tepek jgn x tepek. haha..

game memang best.

TaShA WaNiE said...

~Salam...
~sumtimes terajin plak bg penyu kat sebelah tu mkn...
~neway salam ziarah...

yoro okino said...

tepek laa

.rafiq. said...

oranglidi: eh macam salah je pekataan tu?haha

tasha wanie: wasalam. wah time kasih tolong jaga penyu. patutlah aktif je.haha

yoro okino: ok sudah menepek.haha. taknak ambil ke?

oranglidi said...

betul dah tu. haha

I n n z said...

sy pnh mkn gegule tyme pose
pastu saket perut
then baru seda
'aku pose upenye'
haha !

Bok said...

ko bela penyu ek? gila wei. hot.

.rafiq. said...

oranglidi: okay memang betul.haha

innz: awk memang bertuah sebab dapat makan gula2 tapi 'kesian kau sakit perut'.haha

bok: aku ingat nak bela keldai lagi hot kot?