Wednesday, September 9, 2009

Dan sebenarnya

09/09/09

Cantik kan tarikh tu?

Hari ini hari paling bermakna dalam hidup aku. Akhirnya sudah setahun aku menjadi pasangan kepada si pasangan. Tahun lepas aku letak tarikh ini sebab aku rasa macam aku rasa sekarang. Tarikh ini sangat cantik. (OKay kalau tak cantik pun kamu diam-diam sudah.)

Sebenarnya hari ini aku bukan nak bercerita tentang itu. Aku nak bercerita tentang pengalaman aku sebagai pemenang pingat emas larian berganti-ganti masa darjah tiga dahulu. Aku pernah mendapat emas kerana berjaya memintas pelari yang mendapat perak serta gangsa. Aku tidak lah bangga sangat ketika itu.

Okay sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang larian sekolah. Aku hendak bercerita tentang pendakian ke Bukit Raka. Bukit Raka kalau kebiasaan akan mengambl masa 3jam pendakian. Aku adalah antara peserta terawal yang sampai ke puncak. Walaupun tidak sepenat mendaki Gunung Everest tetapi aku dapat rasa lutut aku hampir tercabut juga. Aku juga tidak bangga dengan itu.

Sebenarnya bukan lah cerita ini aku nak ceritakan. Tapi aku nak ceritakan bagaimana aku dapat memanjat dinding batu dengan pantas. Memanjat dinding atau wall climbing merupakan salah satu sukan yang terdapat di Malaysia mahupun Pakistan. Aku juga mendapat johan di peringkat politeknik kerana berjaya memanjat dengan masa terpantas. Walaupun begitu aku tetap tidak bangga juga.

Okay sebenarnya aku bukan nak cerita mengenai ini. Aku nak bercerita mengenai OKay dah dah. Pasti kamu semua sudah cukup bengang dengan entri aku kali ini.

Sebenarnya aku nak beritahu satu je hari ini. Aku memang gembira dengan tarikh yang cantik ini. Betul.

09/09/09

Aku rasa nak berkenalan dengan tarikh ini. Ada sesiapa cemburu tak?

23 comments:

oranglidi said...

pergh. ni rase nak berlari ke angkasa ni!!

i'm bello said...

tableh tableh!

aku lama dah jatuh cinta gn tarikh tu!

;DD

nadia :) said...

madah nak cerite pasal pasangan kau je ye tak?
har har har

cik yaya said...

pergh.kalau dpt berkenalan dgn cik 090909, kem salam kat dia.

.rafiq. said...

oranglidi: oh okay jangan lupa pakai pakaian udara.haha

im bello: eh camne ni ade orang cemburu lah. ah tak kira aku nak jugak.hehe

nadia: haha jangan jeles lagi.haha

cik yaya: okay kakak tua.haha

misz benida said...

chenteknyeeeee hari ini...

niEna hailani said...

ohhh.... aku sudah chop ini hari...
heheee....

sila jeles ook

nadia :) said...

rasenye bukan saye yg jeles
xKOSER mak.
:D

oranglidi said...

ala, 10 10 2010 best gak.

.rafiq. said...

misz benida: ada cantik macam arswarya rai tak?

niena helina: aiseh ramainya chop. aku dah chop chop kau tahu. jadi aku menang.haha

nadia: hahahahaha aku paham.

oranglidi: ok 10 10 10 nampak kacak. jadi ngam lah.

Cik Dila said...

same r ngn tajuk entry saya..hehe!kebetulan..

.rafiq. said...

dan sebenarnya tak sama.hehe. tarikh dah masuk dalam isi.

hanilopiplopz said...

waaa.. ko x nk bercerita dalam ko pnye cerita.. hebat sehh!

~nEeYsA~ said...

huahua..
slmt satu thun!
kim slm kt cik 0909 yer..hihi

hannamaruku said...

haha klaka :P
yup.
9.9.9 cantek :)

SwEeTFoResT said...

yer..10.10.10 taun dpan pon cantik gak ^_^

.rafiq. said...

hanilopiplopz: sebenarnya hanya nak menari2 dalam ni.haha

neeysa: tenkiu ci neeysa: ok nanti aku sampaikan.

hannamaruku: thnx. betul cantek.hehe

sweetforest: tak cantiklah. tapi kacak.hehe

vidadarisakura said...

ko mo cerita apa ni setan?
haha

.rafiq. said...

tak baik weh panggil orang setan. nanti engkau jadi setan betina tau tak.hahaha

oranglidi said...

haha.. vida2..

vidadarisakura said...

macam setan.haha

anyss said...

Adoi laaaa

Pu3 said...

aiya..11.11.11 pun chantek pe?
cop 11.11.11..;)