Monday, August 24, 2009

walaupun harta banyak selembah emas

Bila terasa hendak melakukan sesuatu yang di luar batasan kita selalu akan terfikir tentang akibat dari perbuatan kita itu. Ini adalah lumrah pada diri setiap manusia yang waras. (KALAU TAK WARAS PASTI TAK RASA BERSALAH PUN MACAM NI).

Beberapa hari yang lalu sewaktu aku sedang berjalan-jalan di pasar malam. Aku ternampak sejenis makanan yang sangat aku minati iaitu sosej gulung. Kamu tahu sosej gulung ialah seperti sosej yang dibalut dengan tepung yang digoreng dan ia akan menjadi seperti nugget. Kamu dapat bayangkan bukan bagaimana bentuknya? Maaf aku tiada gambar untuk itu.

Okay kembali kepada cerita asal. Semasa aku terpandang terus aku membeli sosej itu kerana terlalu meminatinya. Aku hanya membeli satu kerana satu pun sudah cukup membuatkan aku puas hati.

"MAKCIK, BUNGKUSKAN SAYA YANG NI SATU"

"HOK MANE SE?" (Makcik ini terdapat sedikit loghat terengganu)

"SOSEJ GULUNG NI MAKCIK"

"BAIK NOK"

Apabila aku mahu membayarnya perasaaan aku tiba-tiba menjadi gundah gulana. Degupan jantung aku berdegup laju. Aku menjadi tidak tentu arah. Aku menyeluk saku kiri dan kanan untuk mencari wang untuk dibayar.

Cis baru aku teringat duit aku sudah habis membeli kebab ayam dan ayam goreng. Aku tidak jadi membeli sosej gulung. Aku berlalu pergi dari gerai makcik itu dengan hampa. Aku dapat lihat wajah makcik itu juga turut kecewa.

Kamu rasa adakah tindakan aku ini sudah diluar batasan. Aku rasa bersalah. Kerana aku rasa aku masih waras.

9 comments:

oranglidi said...

ahhahah..

wa dapat bayangkan kekecewaan jelas terpapar diwajah itu makcik.

lenkali bwak le duit lebih skit. hehe!

:: Cikgu Wiween :: said...

wahahahah lenkali cek poket dulu baru beli tau :p

selamat berposa incik!! ;)

~nEeYsA~ said...

wahh..
sbnrnye nisa prnh gak mngalami situasi cm2..
punye lah cnfident de bwk wallet..
siap dh dbungkuskn g brng yg nisa nk bli..
huuhu..
alih2 xde duit..
punye lah malu..
hihi..
dn akak yg bngkus tu cam mrh je..
maaf ye kak..
sye pun frust gak tyme ...uwaa...

.kakijalan. said...

oranglidi: haha aku rasa aku dah bawa banyak dah.

cikgu wiween: poket bocor kot.haha. selamat berpuasa jugak cikgu..thxx

neeysa: ish2 ni lagi tak patut. kau yang bersalah rupanya. kau patut dihukum.hahaha

Iqakiko said...

weh aku pnah alami kjadian neh
tp kes aku ni bwk dompet..
akak tu siap dah bakarkan sosej,fishcake n sotong ball bakar aku..

bile nak byr..bkak dompet..tibe2??

duit takde!! ak lupe duet ak dh habiss!!

gelabah gila aku

tp ak slmt la..seb bek ade lecturer ipda kt ctu..dy byrkan

balik mktb..ak malu nk jmpe lect. tu..hehe..

FizA aLwi said...

weyyyyy, jahat. cian kat mak cik tu.iskh2...

Boo™ said...

kecewa sgguh mk cik tersebut,lps ni trus benti meniaga.
:P

Nuts said...

kalo makcik tu ade sifat2 keprihatinan..pasti die bagi free2 je...takpela rafik...ini semua dugaan

.kakijalan. said...

iqakiko: nampaknya kau punya cerita hampir senasib dengan aku. mari kita cipta kumpulan meminta maaf.tsk2

fiza alwi: ini tak cukup jahat lagi. ada duit tapi tak beli lagi jahat.hehe

boo: haha takkan lah berhenti terus. mesti ada orang beli lagi.

nuts: akhrnya ada orang memahami aku. bile kau nak meniaga ni?haha