Wednesday, August 26, 2009

Lukis muka sendiri tetapi menjadi lobak

Dulu.

Masa aku darjah enam aku ada satu kumpulan sendiri. Kumpulan ini bukan lah kumpulan penyanyi yang pandai bermain instrumen-instrumen muzik dan mempunyai seorang vokalis yang mantap. Kumpulan ini juga bukan kumpulan koir sekolah yang sangat bersepakat untuk menghasilkan satu nada yang menarik.

Kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan pelukis. Sebenarnya aku memang tidak tahu melukis. Kalau mewarna pernah juga aku menang masa tadika dulu. Itupun sebab ayah aku yang jadi pengadil. Okay kumpulan pelukis ini semuanya terdiri daripada budak-budak kelas yang juga teman-teman rapat aku pada waktu itu.

Hasil usaha gigih kami. Akhirnya kumpulan aku dah berjaya menjadi pelukis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah komik ciptaan sendiri. Di dalam komik tersebut di muatkan dengan pelbagai cerita-cerita menarik serta lawak-lawak yang direka atau diciplak oleh teman-teman dan juga aku.

Semasa proses pembikinan, aku mengadu,

"WEH AKU TAK PANDAI LUKIS KARTUN LAH, KALAU ORANG LIDI MEMANG AKU PANDAII"

" KAU JANGAN RISAU, KAU TEKAP JE DENGAN BUKU-BUKU KOMIK YANG KAU SUKA" (aku tak pasti ejaan tekap ni)

" TAK ORI LA MACAM TU, TAK NAK LA TEKAP-TEKAP"

" OKAY KAU BOLEH BUAT ORANG LIDI "

" ALA ORANG LIDI LAGI TAK HIDUP LUKISAN AKU, OKAY BAIK AKU TEKAP"

Akhirnya aku berjaya tekap sebuah lukisan kartun dengan jayanya. Aku berjaya menjadi pelukis seawal 12 tahun.

Tapi.

Mana perginya pelukis-pelukis ini. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi komik yang kami hasilkan. Jadi tak dapatlah aku nak tunjukkan kepada kamu hasilnya. Apapun. Aku masih ingat lagi nama aku sebagai pelukis. LOBAK.

Eh lobak?

Manisnya.

13 comments:

meggi perisa ayam. said...

mesti fikri dgn ikey kan? haha.

.kakijalan. said...

eh yeke.haha

meggi perisa ayam. said...

lobak.. agak cool.. pkai name tu la lps ni. encik lobak. wahh

F A R Y N said...

lobak putih kah?

.kakijalan. said...

meggi perisa ayam: ok sekarang boleh panggil aku lobak.haha

faryn: bukan lobak putih. lobak putih nampak sedap. tapi lobak merah nak sexi.haha

hannamaruku said...

haha. ok mmg comel :)
bila dah besar sket, boleh uprage nama jadi air lobak susu.
lagi manis ape.

FizA aLwi said...

encik lobakkkkkkkkk. air lobak 1 pelissss.hahaha...

yoro okino said...

lobak?
huhuhu...asal xtimun..ke sawi ker?
hehehhe

oranglidi said...

woi! xkan lukis wa (orang lidi) pon x leh!! haha!!

wa dulu lukih org lidi dlu, pastu tambah a isi kat badan die.

Iqakiko said...

baby lobak la baru comel..aish..mcm baby sawi jek..

Nuts said...

lobak?
kau ingat kau seluar???

maksud aku, seluar lobak=seluar carrot. ok gudnite. aku nk tido. rafik, raye neh ko balik bentong tak?dtg la rumah aku. bole kite main mercun.

:: Cikgu Wiween :: said...

lobak??? kekekek kiut. Da macam kartunis Ujang pulok :p

.kakijalan. said...

hannamaruku: hehe nasib baik kau cakap susu. patut lah manis.

fiza alwi: eh kenapa terasa macam kena blend ni.haha

yoro okino: kalau timun nanti tak boleh nak buat nasi lemak dah sebab timun takde.haha

oranglidi: eh wa pandai la lukis lu. lemak lu je wa konfius.haha

nuts: okay aku cuba paham maksud kau seluar carrot. lobak man ke.ish. eh baiklah. sediakan mecun klcc + menara kl.

cikgu wiween: mungkin pengaruh sangat kuat pada masa tu.hehe