Monday, August 3, 2009

Laporan setebal 140helai

Akhirnya sampai juga aku di tanah tumpah air nescafe ni. Perjalanan jadi mat rempit sekejap memang agak memenatkan. 5jam atas motor memang penat. Nasib baik aku sempat beli teh o ais limau dalam botol. Tak lah penat sangat.

Hari pertama aku jejakkan kaki dekat poli (ceh macam lah kau budak baru nak daftar) sudah macam pelajar nursing pulak. Semua pelajar dan tenaga pengajar memakai topeng misi (doktor gigi). Ni semua gara-gara penyakit H1n1. Sebelum masuk dewan kena check dulu. Tak pasal-pasal nama aku kena tulis sebab suhu 39 darjah celcius.

Aku dengan niat yang sangat baik mahu menghantar laporan latihan industri. Perasaan memang penuh debaran apabila cik memeriksaan laporan aku.

" HAH YANG NI TAK BETUL!"

"YANG NI SALAH NI"

" AWAK CHECK BALIK FORMAT YANG BETUL NAK BUAT NI"

Okay aku dah faham sekarang. Laporan aku direject. Aku dapat dua hari nak betulkan balik.


p/s: tak berbaloi betul aku buat penat2. baik aku pergi konsert awan biru camneh.

5 comments:

Nuts said...

tu la..banjer aku makan dulu..baru dpt berkat.

buat penat je 5 jam atas moto...

F A R Y N said...

5 jam?
kebas bontot wehhh

~nEeYsA~ said...

wahh..
kne reject?
frust nyer...
huhuh..
xpe2..
truskn usaha..

eh..39 dgree?
kalo kt cni,msti kakijln dh dtmptkn dgn budk2 yg kne kuarantin..
ish2..

Boo™ said...

org kate konsert awn biru ni konsert last dr search.
rugi btol x pg.
;p

.kakijalan. said...

nuts: aku belanje kau makan ati nak?
penat oh nak buat.

faryn: buntot je kebas. tapi kuat lagi tau.haha

neeysa: haah kena reject. lepas ni tak tau camne. nasib baik kat sini takde kuarantin. just tulis nama je.

boo: yeke. aiseh ruginya. takpe nanti nak jemput die karoke kenduri je lah.hehe