Friday, July 31, 2009

perasaan sebagai pelajar kurang malas

Nampaknya esok ialah harinya. Hari ini merupakan hari terakhir aku di tanah tumpah darah. Esok aku akan bertolak ke Dungun, tanah tumpah air nescafe.

Ya hari esok aku akan bertolak. Tiada lagi tidur lama. Tiada lagi makan banyak. Tiada lagi rehat sebenar. Ahh. Aku akan bertemu dengan tidur sekejap. Makan sedikit dan rehat palsu. Kehidupan sebagai pelajar memang kadang-kadang agak memenatkan. Aku benci tugasan. Aku benci quiz. Aku benci peperiksaan.

Tapi inilah yang perlu dihadapi oleh setiap pelajar. Dan perkara inilah yang membuat seseorang pelajar itu bertambah pandai atau mahir dalam sesuatu bidang yang diambilnya. Semakin banyak halangan atau cabaran, semakin mendalam kesan yang akan diperoleh. Maksudnya sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk belajar, pasti dia akan dapat apa yang dia mahukan itu.

Kamu faham bukan maksud aku? Jadi aku tak mahu sia-sia kan masa aku untuk balik ke tanah tumpah air nescafe ini untuk bermain-main. Aku mahu menjadi seorang pelajar yang berusaha untuk siapkan tugasan. Meniru dengan bijak dalam quiz. Dan studi bersungguh-sungguh dalam peperiksaan.

OKay aku dah bersedia sekarang! One now One nescafe...

2 comments:

oranglidi said...

banyak tak tumpah neskepe tu?

.kakijalan. said...

aiseh banyak jugak lah. nasib aku suka milo. kira tak kisah sangat la.