Friday, July 17, 2009

Ilmu yang sedikit

Bila aku tulis pasal tujuan kita dihantar ke dunia pun orang dah boleh agak aku pergi mana.
kau memang alert lah orang lidi.
aku tak pandai sangat nak cerita pasal ni tapi mungkin aku boleh cakap sikit-sikit.
okay.

Bismillah...

Manusia dicipta dengan sebaik-baik ciptaan. Apabila adam dicipta sebagai manusia ia telah dimuliakan oleh Allah dengan mahkluk yang terbaik sehingga semua makhluk diperintahkan untuk sujud pada Adam. Apabila ada makhluk yang mengingkari perintahNya untuk sujud kepada Adam makhluk tersebut dilaknat oleh Allah dan diberi nama syaitan atau iblis laknatullah.

Syaitan telah berusaha sedaya upaya menghasut manusia sehingga Adam telah diturunkan ke dunia. Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. Dunia ini adalah sementara bagi manusia dan tempat yang kekal adalah di alam akhirat.
Manusia dihantar ke dunia hanya lah untuk beribadat kepada Allah.

Allah berfirman, "Tidak aku ciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepadaku".

Pertama sekali manusia perlu menafikan bahawa makhluk tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat sesuatu. Allah adalah pencipta. Selain daripada Allah ialah makhluk. Kita perlu nafikan makanan boleh mengenyangkan kita, minuman boleh menghilangkan dahaga, ubat boleh menyembuhkan penyakit dan pelbagai lagi asbab-asbab lain. Sebenarnya makanan tak boleh mengenyangkan, minuman tak boleh menghilangkan dahaga, dan ubat tak boleh mnyembuhkan penyakit.

Dalam diri manusia perlu ada yakin terhadap kekuasaan Allah bahawa segala perkara yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Allah yang menghidupkan, Allah yang mematikan, Allah yang menggerakkan, Allah yang menghentikan. Allah tidak berhajat pada sesiapa pun tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah. Allah boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak Nya dan manusia tidak mempunyai kuasa untuk bertanya mengapa Allah menjadikan sesuatu perkara itu.

Apabila yakin ini sudah ada dalam diri kita. Maka segala perkara yang diperintahkan oleh Allah mudah untuk kita lakukan. Dan segala perkara yang dilarang oleh Allah mudah untuk kita jauhkan.

Okay lah sampai sini sahaja dahulu. Sebenarnya banyak lagi yang perlu aku terangkan. Tapi aku bukan lah pandai sangat mengenai ini jadi cukup sampai sini sahaja. Aku cuma mahu berkongsi sedikit apa yang aku dapat selama beberapa hari lalu. Kalau kamu nak faham lagi kamu perlu keluar okay. Keluar di jalan Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk untuk kita faham dan amalkan.
Aminnn.

4 comments:

Nuts said...

tunggu aku?

aku sentiasa ade disini menanti kau...hahahah

anyway, bagusla kalau kau dah kembali menulis.

aku sapot kau!

.kakijalan. said...

wah wah.
bagos nya tetap menyokong aku.
tenkiu2.
heheh

yoro okino said...

nice..=)
follow me back k
keep in touch

.kakijalan. said...

nice?
hehe
okay sudah mengikut.