Tuesday, June 9, 2009

Hari ahad selalu kenduri

Nampaknya lagi seminggu aku akan menjalani praktikal di Telekom Malaysia Bentong ni. (apahal tulis nama penuh mentang-mentang dah nak habis praktikal baru nak bangga). Mungkin selepas ini aku jarang akan berbloggie sebab aku akan bercuti-secutinya. Aku tidak lagi boleh berfoya-foya di blog kamu sekerap dahulu. Sebelum ni pun aku hanya berblog pada waktu kerja semasa di pejabat sahaja. Jadi nak ke cc memang jarang sekali. (eh macam lah kau pernah berblog dekat cc kedekut punya budak).

Hari ahad lepas memang penuh aktiviti dan perut aku. Aku dan keluarga belah sana belah sini telah pergi ke kenduri dekat Temerloh. Lokasi Taman Jaya. Ada sesiapa tak yang pergi hari tu? Okay sebenarnya aku adalah rombongan pengantin lelaki. Kira 4biji kereta juga la kami bergerak. Sampai je kat rumah pengantin perempuan terus nikah. Eh tak sabar betul. Sekejap je dah selesai sebab tok kadi ada 4 lagi pasangan perlu dikahwinkan. Kesian tok kadi.

Masa tu baru pukul 11. Kami sempat bersarapan lagi dekat rumah pengantin perempuan. Ya bersarapan lagi bermaksud adalah sarapan kali kedua. Lepas siap makan kami serombongan pergi rehat dekat Hotel Jelai dulu sebab nak bersanding pukul 12 setengah dan pengantin pun nak tukar pakaian.


golongan belia yang turut menyertai rombongan kahwin. (sebelah kiri paling muda okay!)



adik saudara yang agak malu-malu. saya ulang adik saudara bukan anak saudara ya. saya masih muda.



adik saudara yang tak malu dah selepas diracun oleh abang saudara supaya bergambar comel comel.



sempat lagi menjadi duta Hotel Jelai sebelum keluar. Marilah datang ke Hotel Jelai kami menawarkan harga yang sangat murah dengan keadaan bilik yang sungguh selesa sesuai untuk setiap okay okay cukup cukup.


sangat teruja dengan perkhidmatan komputer percuma yang disediakan pihak hotel di lobi sehingga mahu menjadi model komputer dan menyuruh adik saudara mengambil gambar tetapi gambar ini yang terhasil. cis.



baiklah ini gambar sebenar tetapi model telah ditukar kepada adik sendiri. pun bolehhh (trademark bagi adik sendiri itu).




Selepas sesi bergambar kami meneruskan perjalanan untuk kenduri kahwin pula. (sebenarnya bukan meneruskan perjalanan tetapi pergi ke rumah pengantin perempuan semula). Kira bersanding pula. Ada kompang-kompang dan silat-silat mengiringi pengantin. Lepas tu terus bersanding dan makan-makan. Selepas habis makan sahaja saudara sebelah perempuan dan lelaki pergi menepung tawar (betul ke ni?) Lepas itu baru lah boleh balik. Pengantin lelaki ditinggalkan dekat rumah pengantin perempuan.

Masa balik sempat singgah dekat Kuala Gandah, Lanchang. Siapa tak pernah pergi memang rugi lah sebab masuk free lepas tu boleh tengok gajah berak dan kencing depan mata. Siap boleh pegang-pegang lagi dengan gajah.



tengok selamba je pegang gajah walaupun dalam hati takut gajah hempap dengan tiba-tiba baring atas aku mati aku. aku dah cakap taik besar batu bata!



Para peserta lain yang turut mahu merasa debaran berada disebelah gajah. Sebelah kanan ialah penjaga gajah yang tak takut langsung walaupun berada di bawah gajah sekalipun.





Taman gajah ni ditutup pukul 5. Masa itu pula hampir pukul 5. Lepas tu kami pun pulang dengan penat sedikit. Okay memang sebiji macam karangan darjah enam. Ah lantak la. Eh aku hampir terlupa. Baiklah aku letakkan lah jugak gambar pengantin. Dari tadi cerita tapi pengantin tak nampak pun rombongan yang lebih-lebih.



Okay ini dia. Gambar ini selepas akad nikah. Aik! Dah bersanding?



Okay ni baru betul-betul bersanding. Kamu jangan cakap baju pengapit sama dengan pengantin masa bernikah! Aku sunat kau karang!



Kepada abang mok dan kakak mok. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat okay dan dapat anak comel comel. Okaylah sampai sini sahaja. Sesiapa yang nak kahwin cepat-cepat lah masuk meminang. Jangan lah berdating sahaja nanti terbuat maksiat pula dah berdosa. Kalau dating ada orang ketiga iaitu syaitan. Kalau dah kahwin syaitan tak boleh buat apa dah okay.


p/s: kepada cik beruang merah jambu kalau nak kahwin jangan lupa jemput tau.hehehe

12 comments:

SwEeTFoResT said...

huh..bestnyer pat pegang gajah...

Iqakiko said...

nak g kuala gandah gak tp xpnah bpeluang g sane..huhu~

suezensuzanna said...

kah kah...samer lh bj pengapit n bjnikah tuh

Nuts said...

aku ingat kau yang kawen...hehehe

cik beruang merah jambu???

mcm kenal je???

hahah

ps: mentang2 la aku ambush gerai beger kau pakai suar pendek je..trus ko suh aku kawen kan..keji sangat...*sobsob*

dLa said...

stylo ohh gajah 2.
agy stylo klo die wat stunt belit ko ngan belalai die.
hahaha

.kakijalan. said...

sweetforest: lagi best kalau dapat pegang belalai dia.hahaha

iqakiko: aiseh ruginya. cepat2 cari peluang datang kampung bolok ni.hehe

suezensuzana: woit. shhhhhh. nak kena sunat ke??

nuts: aku memang nak kawen tapi tok kadi tak kasi.haha. eh terasa ke?hahaha

dla: lepas tu aku suruh gajah tu campak aku dekat kau. romantik gitu.hahaha

F A R Y N said...

ko bila mau kawen>?
hahahaa

.kakijalan. said...

tunggu kau masuk minang. nikah takmau tau.hahaha

~nEeYsA~ said...

haha..
nmpknya ko byk la mkn ni ekk...
knduri mmg melambak tyme2 cuti nih..
ehh..dh nk biz prktikl?
bezz nyaa...

bello said...

kenduri kawin?

adoi.. mals gile aku nk pegi.

slgi tak kne pksa gn mama aku, mmg aku tak pegi.

hahah

(--kalsiyum--) said...

ko rafiq ea?

btw, nice kura2... hahaha

.kakijalan. said...

neeysa: betol tu. tapi banyak2 kenduri baru sekali aku pegi.huhu. eh hari ni last.heee

bello: kalau kau kawen mesti kau tak payah dipaksa kan?haha

kalsiyum: eh bukan la. aku brad pitt.haha. ok jangan lupa beri dia makan hari2.heheh