Okay ini bukan entri politik. Kamu boleh baca sambil makan kuaci pun tak kisah. Kalau nak sedap lagi belilah kuaci manis yang bungkus berwarna merah tu. Rasanya sedap dan bibir tak pedih sangat. Kalau beli yang 50sen rasa macam haram lepas tu bibir lama-lama rasa pedih. Cis tak syurga (heaven) langsung. Baiklah mari kita mulakan.

Walaupun aku masih lagi terasa nikmatnya menghisap rokok jenama dunhill, marlboro, dan winston (ceh nak cakap rokok mahal je nusantara, surya, half time taknak cakap pulak), tapi aku boleh lagi menahan dari menghisapnya. Setakat bau tu aku boleh tenang lagi. Sekarang aku rasa dah lain sebab aku benci bau asap rokok. Kalau ada orang hisap rokok aku macam nak tutup hidung. Padahal masa aku hisap dulu pastu ada orang tutup hidung aku rasa nak maki sambil cakap,

"AH KAU NAK TUTUP-TUTUP HIDUNG PULAK! AKU SEMBUR DEPAN MUKA KAU BARU KAU TAHU!"

Sedar tak sedar dah dekat 4 bulan aku berhenti merokok. Tak percaya kau tengok ni. Masa tu pun aku rasa dah berhenti baru aku post pasal aku dah berhenti. Kira 4 bulan juga la aku dah berhenti. Tapi aku taknak berpuas hati sangat sedangkan si jebon yang dah setahun berhenti merokok tapi boleh hisap balik. Bahaya oh.

Aku bangga dengan kerajaan sebab lepas je aku berhenti makin banyak pulak usaha kerajaan nak suruh orang berhenti. Sebagai contoh diorang letak gambar-gambar bogel dekat kotak rokok. Betul aku tak tipu. Aku pernah ternampak ada bayi bogel dekat kotak rokok. Lepas itu dia ada tulis 'kelahiran bayi pra-matang'. Cis. Nasib baik aku tak layan gambar bayi tu.

Dekat iklan tv tu pun ada juga. Tengah syok-syok pakwe dia bercerita pasal bola, awek dia yang pandang pakwe dia macam orang lain tu mula perasan kepala pakwe dia dah hilang sikit demi sikit. Haha kelakar gila bila sampai kepala pakwe dia betul-betul dah hilang. Baru awek dia nak terkejut. Lambat betul la awek tu.

Aku harap lepas ni banyak lagi usaha kerajaan nak berhentikan kegiatan rokok. Aku ada terdengar hari tu kempen letak gambar bogel dan lain-lain penyakit kanser ini disasarkan untuk orang yang hendak berhenti merokok. Jadi orang yang takde niat nak berhenti merokok mungkin tak berapa berhasil dan tak terkesan dengan gambar-gambar tersebut. Bak kata perokok tegar lelaki,

"GUA TAK BELI KANSER MULUT, KANSER PARU BAGAI-BAGAI, GUA BELI BAYI PRA-MATANG SEBAB GUA TAHU GUA TAK MENGANDUNG OKAY!"

Eh,

Betul juga tu.



18 Comments

komen sikit?

SwEetForEst said…
hehehe..uihh bagus tol dapat benti rokok..along sweet kate je nak benti..tp hampeh..sengal..
Nuts said…
bagusla begitu.

bersih sket udara kat sg marong tu...
~nEeYsA~ said…
wahhh...
bgus2!
truskn usaha brhnti merokok ok!
aku skong dri tepi jer!
hehehe..
kalo tidk,aku la dintra mnusia yg mnutup hidung itu!hihi
aaina said…
aku rs geli tiap kali pandang kotak rokok skrg!
baek juga utk berhenti :)
B E L L O said…
bagos wehh.

meluat gila kt mamat2 or minah2 yg mrokok nih.

tak respek org.
nadia said…
alahai bagusla.
nt tak la asik batuk je.
ko masuk kelas duduk seblah aku pon bau rokok.
menyampah.
Unknown said…
bgus la dh benti sap rokok.

btw..tu pic ngn EX BF.klu bace btol2 intro..sure dpt tgkp...
Liquid said…
btol2. walaupon aku x merokok tp aku taw, langkah-langkah membeli kotak pic bayi adalah bijak skali.! ehe =P
adey manis said…
eh macam mane ko stop merokok ea?? pakwe aku dah janji 2 tahun dah ni.. janji tggl janji
aku xmo jd janda muda wei.. ko tlg bg tau ape rahsia ko wei. leh aku suh die ikut care ko..
akuxbiadab said…
kuaci bungkus merah tu kuaci direbus dengan air babi dow...lagi teruk dari rokok...uahuahuahuaa
dLa Suri said…
e2 mmg toi2 xd keinsafan.
syabas kat ko,
da stop merokok.
caya laa weyh!!
gloomy said…
salam...
waa... bgus2 enchik kakijalan..
teruskan usaha..
semoga terus diberi kekuatan
N D Z said…
tahniah!
sye perokok pasif.org2 dlm hidup sye smue smoke...kesian dieorng cm x leh nk stop..ntahla

x ley bla ayat perokok tegar tu...hahahhaha-_o"
chendawan said…
salam
aku sahabt kepada jiran2 ko,
iaitu ika(20),faz(juga 20)
dan ko bejiran dgn sahabat2 aku,
iaitu cikfuzz(20),ikaa(juga 20)
maseh kerane tbe2 mnjadi pengikot aku
dan mengLINKkan aku
dan aku juga turut berbuat begitu pada blog mu
hehehe

maseh2

p/s:pendidikan seni - tahniah,troskan benti mrokok,rokok membunuh!
emosi dot dot sotsoooot

--word verification aku dpt kali ini---> tijobobe
Anonymous said…
bagus bagus..
Dan said…
weyy! bagus ah ko nk benti mrokok..u can do it!!:)
sweetforest: hehehe hahaha. along aku nasib baik perempuan.haha

nuts: oh sebelum ni kotor ke? nasib baik aku cepat sedar.huh.

neeysa: ok marilah kita tutup hidung beramai-ramai!heh

aaina.dahlia: aih aku macam faham kau pun hisap rokok. ek?

nur aqilah jamaluddin: betul tu. kalau nak hisap rokok pergi hisap dekat dalam jamban lepastu hembus dalam mangkuk jamban.haha

nadia: eit? batuk ek?haha. kalau batuk macam dah teruk sangat je. nanti duduk sebelah aku bau kari pulak.haha

amyerinaimie: tenkiu2.hehe. oh tak perasan. die nak bergerak secara solo tu ye. takpe kalau ada jodoh tak kemana cewah.

liquid: haha bijak2. kotak bayi bagi perokok lelaki!

mamma mia!: hehe nak bagi tips kalau nak berhenti kena ada semangat dalam diri. betul2 nak berhenti baru boleh berhenti. kalau ubat-ubat ni sebagai sampingan je. yang penting hati. aiceh. orang yang cakap dah berhenti macam aku pun tak tentu lagi berhenti terus kalau hati tak kuat okay!

akuxbiadab: haha kau beli kuaci kat israel memang la haram. beli kat malaysia ada cop halal. pakai air kambing.hahaha

dla: tenkiu2. harap aku dapat berhenti terus terus.hehe

mentari malam: salam. time kaseh aku pun harap camtu jugak. ada kekuatan nak jauh benda alah ni.hehe

armouris: oh thnx bagi info. para perokok sila baca sekarang!

nadhirah zamrose: eh bahaya tu. kalau dikelilingi perokok lagi risiko dapat sakit daripada perokok sendiri. cuba cari jalan atau nasihat hisap rokok dekat dalam jamban je.haha

chendawan: hehe aku memang suka jadi pengikut. senang kerja aku. ye aku pun harap leh terus berhenti. taknak bazir kan duit semata-mata nak beli penyakit.

yginsaf4: haha nama pun dah insaf. entri kali ni banyak gila beri bagus dekat aku.hehe

iqakiko: okay maseh2.hehe. saya boleh! Malaysia boleh! haha
Azie said…
bgus2.. hehehe... klakar r ko ni.. mcm style tulih seseorang..
Previous Post Next Post