Wednesday, May 20, 2009

sediakan payung sebelum hujan


Orang cakap kalau nak keluar rumah jangan lupa kunci pintu. Terutama orang tua-tua yang selalu buat kata-kata menakutkan untuk kanak-kanak. Contoh lain macam "jangan menyanyi semasa memasak, nanti masak tak sedap!" atau "jangan tukar tempat masa makan, nanti kahwin empat!" (okay aku tak tahu sebenarnya sebab apa diorang cakap macam tu)

Pada firasat aku diorang hanya nak takutkan anak-anak atas sebab sebab tertentu macam kalau menyanyi masa memasak nanti air liur afdhwf akan menyembur nyembur ke dalam makanan dan kalau tukar tempat masa makan nanti bersepah sepah makanan di merata tempat. Orang-orang tua sangat bijak bukan?


Semalam masa aku nak meniaga burger terlazat di alam semesta aku mengalami situasi mengejut. Gas aku habis! (ceh takde la mengejut sangat kan). Aku pun tenang saja sebab gas saja yang habis, bukan lisa surihani yang nak melamar aku.


Waktu tu aku baru saja nak mulakan perniagaan. Gas pulak habis. Aku balik rumah ambil tong gas lagi satu. Yang ini baru aku betul-betul terkejut. Baru je aku nyalakan api, kira dah ada asap asap sikit pastu lama kelamaan api makin kecik. Kecik. Kecik. Dan padam!


Gila lah dalam sehari dua tong gas boleh habis serentak? Nasib baik rumah nenek tersayangg dekat je dengan rumah aku. Aku pinjam la sekejap. Pastu aku guna. Pun Habis! haha takde lah. Saje buat saspen. Nasib baik nenek aku punya gas tu boleh guna. Aku pun guna lah tong gas tu buat sementara. Dapat la aku meniaga semalam.


Boleh tak kalau aku cakap kejadian ni sebab tak ikut orang tua tua cakap? Macam orang tua tua cakap sepatutnya aku sediakan payung sebelum hujan. Sediakan payung = gas ada. Hujan = gas habis. Sepatutnya aku sediakan gas ada sebelum gas habis. Boleh tak?

13 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

tu laa lenkali check tong gas tui berat ke x. ekekeke kalo ringan leh lambung2 gas da abis! :p

oranglidi said...

ah ambik lu.. weh, wa blum jawap lu punya tag.. tak mencabar wa la.. nak kasi entri kena meletup.. cis..

oranglidi said...

lain kali pakai baju sebelum berniaga.. haha.. lain kali timbang dulu gas tuh! kalu berat ade lah tu

~nEeYsA~ said...

knpe lak tbe2 ade gmbr pisang ekk?
hehhe...
npe la x check dlu tong gas tu...
ish2..
plik gak dak ni..
hehe

BudAk hijAu said...

hahaahah..penin lu nie.. :D

ファラ 'aqila said...

boleh..
sebb tu org dulu2 buat pepatah..
kadang2 pepth dieorg ni logik..tapi kalau fikir balik..
tu semua simbolik..

misz benida said...

gla hbat ko kakijalan...
ko sedut ke gas 2???
hihihi...
bak aku nk try brger trlazat ko 2..
wei...
hti2 ble bckap..
kang xpsal2 balak lisa blasah ko..
hahaha...
pe2 pon,aku mndoakan smoga prniagaan brgr ko brlari dgn beak..hahaaha

org dlu2 mmg bijak..

.kakijalan. said...

cikgu wiween: hah baru tau ada cara nak tengok kalau gas dah nak habis. ada wap air kat tong gas. tengok paras gas yang tinggal.heh.

oranglidi: kau jawab la kalau berani. kau kasi la jawapan boleh meletup!

oranglidi: sebelum ni kau ingat aku telanjang ke? aku tak pandai lah nak timbang2 ni. penimbang pun dah hilang.

neeysa: haha gamba pisang sebab aku suka pisang. tak berapa nak check. rasa macam same berat je ada ngan takde.

budak hijau: heh biar penin. jangan angau!

fara aqilah: akhirnya ada orang faham juga.huhu. aku memang kena ikut pepatah yang ni.

misz benida: mak aih banyak nya soalan kau.erk gas boleh sedut ke? datang la sini aku belanje oke? eh kau pun kenal lisa surihani? ok thnx. orang skg bijak tak?

haha lagi banyak soalan untuk kau.

FuzZ said...

amende ko nih.
isu tong gas je kowt..
ko sbg peniaga berjaya seharusnya lebih peka terhadap apa2 kemungkinan.
pastikan gas anda selamat.kalo tak nnt ngn gerai sizen ko tuh skali abis.haha

.kakijalan. said...

aku akan pastikan kejadian ni tak berulang lagi. aku kena lebih berhati-hati lepas ni. time kasih. warkkk!

Nadhirah Zamrose said...

betul...nasihat org lama kite kene dgr sbb mereka hidup dlu b4 kite n dieorng da melalui dlu ape yg kite bru nk lalui.

milimilo said...

taboo ni kadang mmg bunyi mcm merepek sket..tp setiap lrgn tu sure ade je pngajaran die..hoho..

.kakijalan. said...

nadhirah zamrose: okay marilah cepat cepat jadi orang lama supaya orang akan lebih mendengat cakap kita.heh

milomilo: kalau pengajaran juga kadang kadang merepek macam tak bagi kahwin empat. kan bagus kawen empat?hahah