Monday, May 18, 2009

entri yang menyayat hati


Masa itu aku ingat lagi. Saat paling memilukan aku dan rakan ku. Sebagai seorang pelajar yang sangat baik dari wajah. Kami berasa sangat sedih kerana perkara yang tak disangka itu.


Waktu itu adalah 9 pagi.

Pengajaran dan pembelajaran (p&p) seperti biasa hari-harinya. Aku dan Hakim (nama sebenar. ah kau bukan baca blog aku pun), adalah rakan yang agak rapat. Kami duduk bersebelahan dengan meja bercantum dan kerusi tak bercantum.

Aku tak siap matematik dan dengan pantas aku pinjam buku hakim dan membuat kopi. Aku buat di bawah meja sedangkan masa itu adalah waktu pendidikan islam. Aku tak perasan yang ustazah Norazleen (juga nama sebenar) memerhatikan aku dalam diam-diam. Sesekali dia menanya aku apa yang aku sedang lakukan. Aku hanya menjawab " takde pape ustazah saya tak buat apa-apa". Ustazah hanya menjeling.

Sedang ustazah Norazleen sibuk mengajar tiba-tiba datang seorang cikgu disiplin ke kelas kami. Cikgu disiplin itu ialah cikgu Mazian (okay kenapa semua nama sebenar). Cikgu Mazian mahu membuat pemeriksaan mengejut (spot check) kepada kelas kami. Beliau menyuruh semua pelajar mengeluarkan barang-barang yang terdapat di dalam laci meja.

Kami semua pun mengikut arahannya kerana sangat takut dengan mukanya yang macam wolverine itu. eh takde lah. cikgu Mazian sangat kacak okay. Setelah mengeluarkan segala barang-barang di bawah meja dan meletakkan di atas meja, beliau pun memeriksa satu persatu jika terdapat barang larangan yang perlu dirampas.

Kami semua satu kelas berasa selamat kerana tiada seorang yang membawa barang larangan seperti senapang patah, bom tangan, dan pisau rambo.

Tiba-tiba ustazah Norazleen bersuara, " Cikgu, cuba cikgu periksa meja Rafiq (itu aku). Dari tadi saya perhatikan dia buat sesuatu bawah meja. Dia bawa handphone barangkali."

Aku tersentak.

Cikgu Mazian dengan pantas menyuruh aku mengeluarkan semua barang jika masih ada. Aku hanya terdiam kerana aku sudah mengeluarkan semua barang aku untuk diperiksa. Kemudian aku bersuara "Saya dah keluarkan semua barang saya cikgu." Cikgu Mazian mempercayai aku kerana aku berkata dengan penuh sungguh-sungguh. Memang benar aku tak bawa barang larangan.

Cikgu Mazian pergi setelah selesai tugasnya membuat pemeriksaan. Ustazah terdiam. Aku dapat lihat dari riak wajahnya dia tidak berpuas hati. Dia menyangka aku bawa handphone ke sekolah sedangkan pada masa itu aku tidak mampu memiliki handphone lagi. Apatah lagi hendak membawanya ke sekolah.

Akhirnya aku bersuara, "Ustazah, sebenarnya saya buat kerja matematik tadi. Bukan bermain handphone macam ustazah sangka. Tak percaya tanya Hakim. (sambil merujuk kepada Hakim)"

Ustazah Norazleen terdiam seketika. Kelas menjadi sunyi dan sepi. Ustazah akhirnya terus bersuara dan memarahi aku dah Hakim. Ustazah meleteri kami dan tiba-tiba ustazah menaikkan suara yang sangat tinggi. Air mata ustazah tiba-tiba mengalir.

...

Kami sekelas terkejut kerana ustazah menangis. Aku lagi terkejut sebab aku lah punca ustazah menangis. Aku sangat terdiam. Rakan sekelas aku juga terdiam. Mungkin kerana takut. Aku mengagak punca ustazah menangis mungkin kerana beliau malu terhadap tindakannya menuduh aku.

Akhirnya kelas tamat pada hari itu selang beberapa minit. Semua pelajar keluar rehat.

Tinggal aku dan beberapa pelajar lagi yang mahu berjumpa ustazah. Aku meminta maaf kepada ustazah kerana aku yang menyebabkan ustazah menangis. Aku tak tahu kenapa aku juga hampir mengalirkan air mata sewaktu meminta maaf dengannya. Ustazah memaafkan aku dan menasihatkan aku supaya jangan mengulanginya.

Aku takut gagal weh. Bila result PMR keluar pendidikan islam aku dapat A.

Terima kasih ustazah Norazleen. Walaupun saya dah buat ustazah menangis, ustazah tetap merestui saya. Saya tahu ustazah nak kami semua berjaya. Takde cikgu yang nak anak murid gagal. betul tak ustazah? Saya tahu ustazah takkan baca blog ni sebab ustazah tak pernah tau saya ada blog. Saya cuma nak melepaskan apa yang saya rasa dalam hati ini.

p/s: Selamat hari guru kepada semua guru di seluruh dunia. Jasamu pasti dikenang cikgu!

21 comments:

I n n z said...

sensitip ustazah tuh
;)

ade tanye nape dye ngs ?

bee said...

knp gune tajuk menyayat hati???knp x letak jasamu dikenang....mcm ceriter ngeri b melihat at first..rupe2 sal ustazah...buatlah emotional sket..huhu..kan kate sedeih buat ustazah centu...just opinion jerk...thx sudi singgah selalu di ayeen88.blogspot.com

Norhanani ZafirahBt Mohamad Noor Hakim said...

hati wanita kan memang mudah tersentuh..mengaku atas kesalahan sendiri, bagus tu..

p/s:thx sebab selalu jenguk-jenguk blog..

.kakijalan. said...

innz: haah. die tak cakap tapi dah boleh agak punca die nangis.

bee: mula-mula memang nak letak macam jasamu dikenang. tapi bila cerita balik sedih pulak.hehe.

FuzZ said...

huhu sob..aku knal sume cekgu2 tuh..
cekgu fatimah aini tade?
hmm btw,aku xheran ko mmg suke jenguk page org kn..haha

Nuts said...

ok, aku rase ini entry terbaik dr kau...
sobsob~

syabas bettih..syabas bombay polis station inspektor shahab!

ファラ said...

ustazah tu terase ke sebb tuduk kamoo tetibe bawak hp...
emm...
alhamdullh dapat a..
TERIMA KASIH uxtazah..

Boo™ said...

terima kaseh pd ustzah tu,
rse2 kalo die xmrh leh dpt A x?
emm..
sume ade hikmah kan :)

~nEeYsA~ said...

die ckp x knpe die nangis?
kdg2 kalo mrh sgt,leh nangis tau..
heheh

atyrah said...

kau budak smkb eh?

.kakijalan. said...

norhanani zafirah: kalau hati lelaki mesti aku kena maki bukan? sebab malu puna pasal.

fuzz: aiseh cikgu fatimah ada mengajar di ting.2 sahaja okay. cikgu mazian kacak bukan? ya aku memang seorang pembaca. jangan ingat aku tak baca blog kau tau.

nuts: huhu thnx. entri ni khas aku buat untuk guru-guru di Malaysia dan Indonesia.

fara aqila: mungkin sebab dia malu dengan tindakan dia. tapi dia tetap sporting okay!

boo: eh kamu kenal ustazah tu ke?hehe. ya setiap ilmu yang kita dapat mesti perlu diberkati. baru boleh berjaya bukan?

atyrah: ya. jangan cakap ustazah tu makcik or auntie kau pulak.

.cEkgu.dEQna. said...

ustazah tu mude lg ke berumO??

:: Cikgu Wiween :: said...

aisey...awk buat ustazah menangis yek..haaa...pujuk balik x? kire da dpt pujuk laa sbb dpt A :p

.kakijalan. said...

cekgu deqna: hehe jangan risau cikgu. ustazah tu dah kawen. tapi dia sporting gila lah!

cikgu wiween: mestilah dapat pujuk. ustazah tu marah kejap je. lepas mintak maaf terus okay!

nadia :) said...

entah kenape aku rase ko ni anak yang baik.
hais rafiq rafiq.

.kakijalan. said...

woah woah.
terharu.
baik baik.

atyrah said...

tak de la.. tapi, cikgu mazian mmg kacak.. hohoho..

oranglidi said...

hoi! wa trlupe nak komen aritu.. memang sedih kisah ni

cik erin said...

eyh mmg ada cikgu yg sensitif mcm tu.
bukannya apa, dorg bersusah payah mengajar. anak murid buat benda lain.
mmg sedih la.
nsb baik pegi mintak maaf.
restu cikgu2 penting.
kalau ilmu tak berkat, haih tak berjaya.

*ngee.. pernah tak pay attention dlm kelas.
ustazah tak menangis, tapi marah sgt2 dgn SEMUA.
nmpk dia kecewa sgt2.
sebab rasa bersalah, sy pegi mintak maaf.
PMR agama Islam dpt A. Alhamdulillah:)

milimilo said...

aku salu jugak x siap homework n curi2 buat time cikgu lain tp xpnah kantoi..sbb aku xsorok bwh meja

p0jiE said...

ceh,,ko la yg wt onar ari 2 upenyer,,
haha cter ni ade bpe % yg ko tmbh2 ??