Thursday, April 30, 2009

kenangan bermain badminton dengan raket kotor


aku ingat lagi masa aku darjah tiga aku sangat aktif dalam sukan badminton. aku selalu berlatih badminton kat sekolah rendah yang dekat saja dengan rumah aku. yelah pegi sekolah pun naik basikal. selalunya aku akan bawa raket masa pendidikan jasmani.( ya pendidikan jasmani sangat seronok)


time tu aku takde mini skuter, roller blade (cis kakak aku ada), apatah lagi motosikal. aku hanya ada basikal yang dihadiahkan ayah aku masa darjah dua. memang tiap-tiap hari aku sekolah naik basikal. basikal aku memang canggih. ada gear racing.

pada satu hari tu aku nak pergi sekolah. tapi basikal aku minyak habis. stesen minyak pulak jauh nak isi minyak. orang pulak takde nak tolong belikan minyak dalam botol. ok ok cukup tipu. sebenarnya basikal aku rosak dan terpaksa la aku menapak ke sekolah. ah tak kisah la. bukan jauh sangat pun. perjalanan kalau berjalan kaki selalunya akan mengambil masa 10 minit. aku gerak awal sikit hari tu sebab takut terlewat.

hari tu aku bawa raket sebab nak bermain badminton. sebenarnya aku paling takut nak jalan kaki sebab ada sebuah rumah beranjing ni. taukeh (aku panggil taukeh sebab kepala dia botak licin tapi separuh ada rambut) ni boleh biarkan anjing dia tanpa merantai. aku sabar je lah.

masa aku nak lalu depan umah dia aku dah cuak. langkah aku jadi makin berhati-hati. aku perhatikan setiap ruang dengan harapan anjing nya tiada diluar rumah. ah harapan berkecai. aku ternampak anjingnya berada di depan pagar.

aku gagahi jua diriku dengan berjalan merentasi rumah taukeh itu. cis anjing nya mula memerhatikan aku. dia bangun. aku pandang balik. aku berjalan makin laju. makin laju.
aku hampir berlari. dan tiba-tiba anjing itu terus mengejar aku.

"aaaa" aku menjerit sambil berlari sepantas mungkin. tapi aku dapat rasa anjing itu lebih pantas dari aku. dengan tak semena-mena.

"iyakkkk. ktang ting tung".

dan akhirnya. raketku menjadi penyelamat. dan aku selamat.

p/s: padan muka taukeh kena marah dengan bapak aku pasal tak rantai anjing dia.
p/s: aku tak reti nak samak masa tu. aku pakai je la raket bernajis. kot.

15 comments:

suezensuzanna said...

eeeeeeeeeee.....ader plak x samak...menang x main badminton tuh??isk isk

.kakijalan. said...

suezensuzanna: masa tuh ustazah tak sempat ajar lagi. mesti la menang main. nak lawan?

AwienSyahirah said...

ahahha sian dye guna raket yg xsamak.
btw yah cite bohsia tak bes
tggu je la kua kat astro. :)
thanx 4 dropping by! tc! :)

milimilo said...

haha..basikal abis minyak..nsb bek raket tu bole gune lg,buatnye anjing tu gigit smpai rabak,punah hrpn nk men bdminton :DD

oranglidi said...

haha.. nak kena tendang? wa rasa anjing tu nak maen dgn lu la

~nEeYsA~ said...

gle arr...
aku fobia ngn anjing ni!!!!
uwaaa...
xnk2!

kakijln ni mmg suke men bdminton dri kcik g..
haha...

Boo™ said...

there's smething 4 u
cepat ke page sy :)
hehe~

hanilopiplopz said...

uhu.. najjiiz muhalazah! klu aku la kat tmpat ko, aku akan cakp.. 'anjing pnye anjing!' ahahaha

Boo™ said...

sila amik award kamu di page sy :)
sekian :)

Nadhirah Zamrose said...

sye pun penah kene kejar hanjing.
tp nseb baik sikit naik beskal.
klu msuk lumba basikal wakil M'sia mse tu mesti menang punyalah.laju gila!

len kali samak.najis mughallazah tu ;)

.kakijalan. said...

awienshahirah: patutnya kena kesian kat anjing sebab tak samakkan diri dia.haha.

milomilo: anjing tu tak gigit lagi. aku baling dia terus lari. penakut punya anjing.

oranglidi: anjing tu nak main kejar2 je. aku dah la tak minat lari2 ni. berenang ok lagi.

neeysa: fobia eh. naseb baik ump takde anjing.huhu.

boo: oh thnx boo. nanti aku grab okay.

hanilopiplopz: eh tak baik mencarut. mak aku marah.hehe.

nadhirah zamrose: haha apsal ko tak baling je basikal tu?

Eireen Camelia said...

takpe.. takyah samak.. yang penting niat dalam hati. kuikui

Nuts said...

neh anjing rumah yg dekat surau yg besar dan suke kejar org tu ke?

FizA aLwi said...

ye, anjing memang sangat haram jadah... kite lari, die pun cbuk gak nak lari. ingat nie ap? pertandingan lari pecot kew? lalalaaa...

.kakijalan. said...

eireen camelia: alamak, ustazah tak sempat ajar jugak niat samat camne.

nuts: bukan. anjing dekat dengan taman permainan. tokei cat wfwhkj!

fiza alwi: betul tuh. watson nyambek pon kalah camni.