Thursday, March 26, 2009

ini bukan roti pita ok


sebenanye sudah lame aku nak cerita dekat kamu pasal tempat kerja aku. sebelum ini aku penah citekan yang aku akan bertukar ke unit baru dari unit lame.

maybe di sini kerja agak banyak dan aku agak sibuk menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk bermain bola tampar pantai, bola lisut, dan bolasepak jalanan. eh ape aku mengarut. maksud aku, aku tidak mempunyai masa untuk menceritakan tentang tempat kerja aku. hari ini dapatlah aku menerangkan serba sedikit mengenai tempat kerjaku yang agak kondusif dan elegen ini (kondusif dan elegen?) memandangkan kerja tidak lah berapa banyak pada hari ini.

kerja-kerja yang aku lakukan di sini ialah seperti memasukkan gula2 ke dalam tepung, menanam tebu di tepi tasik, dan mengorek rahsia kerajaan amerika. ok mengarut. kerja aku sebenanye hanyelah memasukkan data ke dalam komputer. memasukkan data ke dalam komputer. dan memasukkan data ke dalam komputer. semua nye same bukan. kerja agak mudah tetapi mungkin kerana kadangkala agak banyak menyebabkan aku merasa kerja ini tidak membosankan seperti sebelum ini.

aku nak tunjukkan sesuatu.



ini ialah pita untuk rekod data-data di unit aku. dipanggil "archieve saving".

pita ni xde kene mengena pun dengan aku sebenanye. aku saje nak tunjuk alatan ni dekat kamu. alat ni macam sekeping cd yang besar bukan?

dalam otak aku sedang terfikir. macam mana kalau cd yang kita guna kan sekarang ialah sebesar ini. macam mana kalau kita nak membeli cd cetak rompak di pakcik lanun? dan bagaimana kita mahu membuat koleksi di rumah dengan pelbagai cerita-cerita kesukaan?

"dik2, mari dik macam2 cerita ada. pakcik jual longgok. 3 rm100 3rm100"

"oh ya dik. almari untuk cd pun pakcik jual. macam-macam almari ada."





pendidikan seni: aku dapat bayangkan saiz pemain cd ialah sebesar bilik air.

16 comments:

Nuts said...

dulu ade jugak mende besar camneh...

ia dinamakan laser disc. ala2 cd yg sangat besar.

bole buat frisbee jika mahu.

~nEeYsA~ said...

ish2...
ape la yg ko ckp ni?
hmm...agk kebingungan aku mmbca ayt2 ko..
duhh..

~nEeYsA~ said...

eh..lupe lak nk g tau..
thniah sbb dh brpindh ke unit bru..
haha..

.kakijalan. said...

nuts: oh yeke. knape aku tidak melalui zaman itu. haha frisbee permainan bersama anjing peliharaan itu ya.

neeysa: oh nampaknye bahasa aku sukar difahami. perlukah aku bertukar menggunakan bahasa sanskrit atau puisi2 lama atau atau ape ye?

nurain said...

ku dapat bayangkan saiz pemain cd ialah sebesar bilik air.


benci..sakit pankreas aku bace statement ni!

Ajwin Ajeera said...

ohh.
igt roti pita td..

.kakijalan. said...

nurain: fuh. nasib baik x sakit jantung ek.

ajwin ajeera: ni bkn roti pita la. ni kentang putar.hehe

suezensuzanna said...

bapak segala CD:D

~nEeYsA~ said...

almak!kntg putr!
yummy2..
hahaha...

Ajwin Ajeera said...

kntang putar??
bkn coleslaw ke??
wakakka

.kakijalan. said...

haha bukanla.
tapi saya suka coleslaw.huhu

philoColy said...

klau cd besa cetu..
kagum..
haha..
mau jenoh nk bwk..
xde spe pn nk bli n tgk cd..

FuzZ said...

tu roti pita TMK okayh

~nEeYsA~ said...

waa...coleslaw pulk dah..
lpr ni..
huhu..

.kakijalan. said...

philocoly: ha akhirnya ada orang faham. u got the point.hehe

fuzz: okayh. mamak kesayangan kamu kan?

neeysa: ish2 lapar ke. macamane dengan fun fries? ciken mcdelux?

inn said...

haha:D 3 rm100?
abes gula sekampit berapa doh..(ape kaitan?layan jelah)